Skip to main content

Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti
Dept. of Development & Facilities Management

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada pengunjung internet yang dihormati kerana melayari laman web rasmi Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.

Jabatan Pembangunan dan Kampus Kejuruteraan telah beroperasi sejak tahun 1986 iaitu semasa Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia ini terletak di Ipoh, Perak. Pada bulan April tahun 1990, Universiti Sains Malaysia (Kampus Cawangan Perak) telah berpindah ke Tronoh, Perak. Sekarang ini dikenali dengan nama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Pulau Pinang ini merupakan satu unit yang penting bagi menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pembangunan kampus. Fungsi utama Jabatan Pembangunan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan, keselesaan dan kesejahteraan kepada seluruh warga kampus. Keselesaan dan kesejahteraan yang dimaksudkan adalah dengan menyediakan kampus berkualiti, ruang yang mencukupi, perkhidmatan-perkhidmatan serta fasiliti bertaraf tinggi untuk kemudahan seluruh warga kampus. Perkhidmatan yang diberikan adalah berterusan.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semasa, jabatan ini amat menggalakkan kakitangannya mempertingkatkan kemaharin dalam pelbagai bidang bagi mewujudkan staf yang mantap dan multitask. Jabatan ini juga mempunyai sasaran kualiti perkhidmatan dalam jangka masa panjang.Demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan jabatan, kami juga akan mempertingkatkan lagi sistem CMMS-BEAM untuk tujuan pengurusan penyenggaraan bangunan dan infrastruktur.

Sehubungan itu, laman web ini diharap akan dapat berinteraksi dengan anda dan menjadi pencetus kearah mewujudkan budaya kerja berkualiti dan memenuhi keperluan pembangunan Universiti Sains Malaysia . Akhir kata, saya berharap agar anda sudi melayari laman web ini dan mendapat manfaat daripadanya.

Sekian, terima kasih.

Ir Tn Hj Mohd Nizam Bin Mohd Razak
Timbalan Pengarah
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti