PENYENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DI PTJ KAMPUS KEJURUTERAAN USM

  1. Setiap PTJ mempunyai sistem pencegah kebakaran masing-masing. Sistem ini berfungsi untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya hal-hal kecemasan atau kebakaran. Sistem  ini lengkap bermula daripada sistem amaran, penggera, pencegahan dan pemadaman.  Setiap daripada peralatan ini perlu diselenggara untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Peralatan pencegahan kebakaran yang berada dalam keadaan baik bukan sahaja bertujuan untuk menyelamatkan bangunan daripada mengalami kerosakan tetapi yang paling utama untuk menyelamat dan melindungi setiap individu di bangunan terbabit.

  2. Universiti mensumberluarkan kontraktor bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan berjadual sambil dipantau oleh staf teknikal  Jabatan Pembangunan. Kontraktor yang dilantik ini, mempunyai pengetahuan dan kompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem pencegah kebakaran.

  3. Sistem pencegah kebakaran PTJ diselenggara setiap bulan secara berjadual. Jadual penyenggaraan bulanan dipamerkan pada laman web Jabatan Pembangunan. Pengguna atau staf PTJ boleh melihat jadual tersebut pada bahagian custodial info. Jadual  dikemaskini setiap awal bulan.

  4. Universiti  sentiasa mengambil berat terhadap aspek-aspek keselamatan. Setiap peralatan pencegah kebakaran yang didapati tidak berfungsi  akan dibaiki atau diganti baru. Ini bagi memastikan setiap PTJ berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini. Justeru, penyelenggaraan yang dilakukan adalah amat penting bagi tujuan keselamatan.

  5. Setiap peralatan yang dipasang dan ditukar ganti adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Peralatan sistem pencegah kebakaran di setiap PTJ ada yang berbeza. Ia berdasarkan rekabentuk, jenis  dan pelan bangunan  yang diluluskan oleh Jabatan Bomba. Sebagai contoh terdapat bangunan mempunyai sistem bantu mula - hose reel lengkap bagi memadam kebakaran manakala terdapat bangunan yang hanya mempunyai alat pemadam api mudah alih jenis serbuk kering (ABC).

  6. Bagi kerja-kerja penyenggaraan yang telah selesai, buku laporan akan ditandatangani oleh staf PTJ terbabit sebagai memaklumkan kepada pelanggan atau wakil PTJ bahawa kerja telah dijalankan. PTJ bebas memberi sebarang komentar demi penambahbaikan atau pembetulan. Ia bukan suatu pengesahan teknikal kerana staf Jabatan Pembangunan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas integriti dan kualiti kerja serta perkhidmatan.  Setiap bulan pula Jabatan Pembangunan akan mengeluarkan senarai servis bulan untuk penilaian pelanggan di PTJ.( Sila rujuk FAQ Sistem Maklumbalas Pelanggan pada Info Perkhidmatan di Laman Web Jabatan Pembangunan)

  7. Semua bangunan di kampus mempunyai Sijil Layak Menduduki CF/ CCC serta semua bangunan dan fasiliti diluluskan, diperiksa dan diperakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

  8. Bagaimana anda dapat membantu dan berperanan bagi memastikan integriti dan kelestarian sistem pencegahan kebakaran kampus?
i ) Melaporkan  segera sebarang kerosakan atau kebimbangan tentang sistem dan peralatannya
ii) Menyemaikan kesedaran dan keprihatinan bersama tentang keselamatan dan pencegahan kebakaran serta  meningkatkan kefahaman asas-asas pengurusan kecemasan
iii) Mencegah kegiatan pelaku-musnah -  vandalisme
iv) Memberi maklumbalas dan penilaian kepada servis bulanan penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran.

 




Sebagai pengantar awal  pengetahuan tentang sistem dan peralatan pencegahan kebakaran serta kerja servis dan penyenggaraannya, berikut disenaraikan secara ringkas :-

NO JENIS KERJA KETERANGAN

1.

Pemeriksaan alat pemadam api jenis ABC dan CO2

Tabung alat pemadam api diperiksa tarikh luput, tekanan udara dan pin keselamatan. Ini bagi memastikan alat pemadam api boleh digunakan dan selamat ketika memadam kebakaran.

  • ABC adalah alat pemadam api mudah alih jenis serbuk kering. Berat 9 kg.
  • CO2 adalah alat pemadam api mudah alih jenis karbon dioksida. Berat 2.27 kg.

 

2.

Pemeriksaan lampu kecemasan dan lampu tanda keluar

Lampu tanda keluar dan lampu kecemasan diperiksa sama ada menyala atau rosak secara AC dan DC. Lampu yang rosak akan diganti baru. Ini penting ketika berlaku kebakaran di mana menjadi panduan dan pencahayaan kecemasan untuk laluan ketika  menyelamatkan diri.

3.

Pemeriksaan alat pengesan haba - heat detector

Heat detector diperiksa sama ada ia berfungsi bagi mengesan haba panas . Loceng kecemasan akan berbunyi  jika  ia mengesan haba panas. Melepasi suhu?

  • Haba pada 57⁰ Celsius dan ke atas.

4.

Pemeriksaan alat pengesan asap - smoke detector

Smoke detector diperiksa sama ada ia berfungsi untuk mengesan asap. Loceng kecemasan akan berbunyi sekiranya asap dari kebakaran terhasil.

5.

Pemeriksaan sistem perenjis - sprinkler

Sprinkler berfungsi mengeluarkan air yang dijana oleh pam bagi memadamkan kebakaran sesuatu tempat. Ia terdapat pada siling sesuatu tempat atau ruang. di mana di kampus. Bila ia berfungsi?

  • Apabila suhu sesuatu tempat mencapai     68⁰ C  glass bulb sprinkler yang mengandungi merkuri akan pecah serta injap akan terbuka dan mengeluarkan air.

6.

Pemeriksaan jockey pam

Jockey pam adalah pam bagi sprinkler. Ia diperiksa
bagi memastikan berada dalam keadaan baik. Ia berfungsi untuk mengekalkan tekanan air di dalam sistem.

7.

Pemeriksaan alat bantu mula - hose reel

Hose reel diperiksa pada nozzle, check valve dan tekanan air. Ia adalah untuk memastikan hose reel sentiasa bersedia dalam keadaan baik untuk memadamkan kebakaran.  Di mana tempat simpanan hose reel?

  • Berada di dalam peti simpanan hose reel
  • Terdapat kunci peti simpanan di dalam kotak kunci.

8.

Pemeriksaan duty pam

Duty pam berfungsi untuk menjana air daripada tangki simpanan air kepada hose reel. Apabila hose reel digunakan, duty pam akan beroperasi secara automatik. Pam diperiksa bagi ia berada dalam keadaan baik dan tiada berlaku kebocoran pada paip yang mana mungkin akan menyebabkan berlakunya tekanan air rendah pada hose reel

9.

Pemeriksaan pam tunggu sedia - standby pump

Standby pam merupakan pam sokongan bagi duty pam. Jika duty pam tidak dapat menampung penggunaan air yang banyak oleh hose reel, standby pam secara automatik akan beroperasi. Selain dari itu ia juga akan beroperasi seandainya berlaku bekalan elektrik terputus. Pam ini menggunakan minyak diesel. Ia diperiksa dan perlu berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk membantu duty pam beroperasi.

10.

Pemeriksaan kotak kaca - break glass

Break glass diperiksa sama ada kaca tersebut berada dalam kedudukan yang betul dan bersentuhan dengan suis. Apabila kaca dipecahkan, ia akan menghantar isyarat kepada panel penggera - alarm dan seterusnya loceng akan berbunyi. CMS?

  • Panel penggera – alarm yang menerima isyarat dari break glass akan menghantar isyarat terus kepada panel penggera di Jabatan Keselamatan melalui CMS.
  • Dengan ini Jabatan Keselamatan dapat mengetahui hal-hal kecemasan di satu-satu tempat

11.

Pemeriksaan loceng kecemasan

Loceng kecemasan berfungsi untuk memberi amaran jika berlaku kebakaran. Ia diperiksa bagi memastikan loceng berada dalam keadaan baik.

12.

Pemeriksaan sistem CO2

Sistem CO2 terdapat didalam bilik suis transformer atau genset. Ia merupakan perlindungan kepada bilik tersebut dan peralatannya sekiranya berlaku kebakaran. Ia perlu sentiasa berada dalam keadaan baik.

13.

Pemeriksaan sistem panel penggera - alarm

Sistem panel alarm ini berfungsi untuk menerima isyarat daripada peralatan pencegah kebakaran lain seperti pengesan asap - smoke, haba- heat, kotak kaca - break glass dan sebagainya. Ia perlu diperiksa bagi berada dalam sentiasa berada dalam keadaan normal.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Firdaus di :  dvfirdaus@eng.usm.my