Kontraktor hendaklah mematuhi:

AKTA KILANG DAN JENTERA, 1967
Peraturan-peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970
Peraturan 4

PEMBERITAHU berkenaan BINAAN-BINAAN BANGUNAN dan KERJA-KERJA BINA KEJURUTERAAN menurut kehendak Seksyen 35 (1) Akta tersebut. J.K.J. 103

Pihak kontraktor yang bekerja dengan ini hendaklah mematuhi semua peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan seperti yang berkuatkuasa mengikut undang-undang negara.

1. Sentiasa mengadakan perlindungan skim insurans pekerja dan umum serta 'all risk' yang masih sah,

2. Sentiasa jelas tentang wujudnya risiko kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan kerja samasa untuk kerja-kerja awam, struktur, elektrikal dan mekanikal,

3. Sentiasa mempunyai penyelia tapak sepenuh masa dan pekerja yang mempunyai kelayakan dan kompeten tentang sesuatu kerja yang dibuat seperti sijil penjaga jentera untuk elektrikal, sijil penyenggara lif untuk lif, jaket pantulan cahaya, harness dan seumpamanya,

4. Sentiasa mengadakan keperluan kesihatan dan keselamatan bagi pekerja-pekerja kontraktor seperti topi keselamatan, kasut keselamatan, jaket keselamatan (life jacket) bagi kerja-kerja yang melibatkan takungan air, jaket pantulan cahaya, harness dan seumpamanya,

5. Sentiasa mengadakan keperluan kesihatan dan keselamatan bagi umum seperti papan tanda, sekatan dan seumpamanya,

6. Sentiasa mengadakan keperluan keselamatan bagi peralatan kerja supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja kontraktor dan umum seperti sistem pembumian yang betul bagi peralatan elektrik, kemudahan penyokong bagi perancah dan seumpananya dan mengikut prosedur penggunaan yang betul,

7. Sentiasa menggunakan peralatan samada untuk tujuan penyempurnaan kerja atau alat ganti yang diiktiraf tentang keselamatan penggunaanya oleh pihak berkuasa berkaitan seperti SIRIM,

8. Sentiasa mengikut semua peraturan yang berkuatkuasa mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan institusi yang diiktiraf seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Tenaga dan Gas, Jabatan Bomba, Institut Kesihatan dan Keselamatan Kebangsaan (NIOSH), Institut Jurutera Malaysia, SIRIM, Malaysian Standard (MS), Jabatan Alam Sekitar, CIDB, Undang-undang Bangunan Seragam (UBBL), Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan dan seumpamanya,

9. Pekerja kontraktor perlu berpakaian seragam di tapak kerja,

10. Sentiasa memastikan adanya penghadang keselamatan seperti lampu amaran, pagar, pita, papan-papan tanda amaran secukupnya.


- UTAMAKAN KESELAMATAN -

Ir Azharuddin Mukhtaruddin boleh dihubungi di azharudin@notes.usm.my
 
 
Iklan E-Sebutharga
Kembali Ke Laman Utama


© Hakcipta Terpelihara 2007 Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan