Panduan Pengurusan Tapak Projek Ubahsuaian, Naiktaraf dan Kerja Kecil

Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan

1. Surat Jemputan Mesyuarat akan dikeluarkan kepada kontraktor dan PTJ terbabit.


2. Kontraktor bersedia dan memenuhi syarat-syarat

  • salinan surat kuasa mewakili kontraktor jika bukan pengarah atau pemilik syarikat
  • salinan kad hijau CIDB mengesahkan layak berada di tapak kerja
  • program jadual pelaksanaan kerja
  • contoh bahan- sample, katalog teknikal, risalah spesikasi pembekal, papan sampel - sample board

3. Ketua PTJ atau wakil sah PTJ dikenalpasti sebagai pelanggan utama

4. Kehadiran wakil kontraktor yang sah serta penyelia di tapak dinamakan dengan segala keterangan nombor telefon perhubungan. Penyelia kontraktor mesti aktif, berpengetahuan dan sentiasa berada ditapak kerja serta bersedia menerima arahan dan membuat keputusan.

5. Profil projek mengandungi keterangan projek akan diedarkan.

6. Catatan Mesyuarat akan dibuat oleh juruteknik atau pembantu teknik projek dan akan diedar dalam tempoh 1 minggu

7. Perkara yang akan dibangkitkan:

  • Notis kerja kepada kampus & PTJ (jika perlu), terutama jika libat penutupan, gangguan awam etc.
  • Pas keselamatan perlu diperolehi daripada Jabatan Keselamatan USM.
  • Hal kontrak:

  • o Surat setujuterima -LA, insuran, bon jaminan perlu dibereskan secara rasmi dengan salinan diberi kepada Jabatan Pembangunan
    o Kerja tidak boleh dimulakan jika tiada diperolehi insuran oleh kontraktor
    o Pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan akan diperkenalkan
    o Pentadbiran perubahan kerja (jika ada), arahan SI, pengesahan bahan dan kaedah bekerja semuanya akan diterangkan dan semua prosesnya perlu dibuat secara bertulis dan rasmi
  • Hal peraturan:

  • o Hanya pengurus, penyelia, pekerja sah CIDB layak berada di tapakbina
    o Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (risalah diberikan) perlu dipatuhi sepenuhnya. Kontraktor perlu rujuk dan patuhi AKTA KILANG DAN JENTERA, 1967, Peraturan-peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970 Peraturan 4 PEMBERITAHU berkenaan BINAAN-BINAAN BANGUNAN dan KERJA-KERJA BINA KEJURUTERAAN menurut kehendak Seksyen 35 (1) Akta tersebut. J.K.J. 103
    o Semua langkah bagi pencegahan Denggi perlu diambil secara serious
  • Hal PTJ:

  • o Aset /Inventori sedia ada di lokasi perlu ditentukan bersama. Kaedah penyenaraian atau mengambil gambar foto boleh digunakan. Penyelarasan dengan PTJ penting supaya tidak berlaku kehilangan, kerosakan dan sebarang kerugian semua pihak.
    o Peraturan PTJ perlu difahami dan dipatuhi.
    o Sebarang kerja yang melibatkan keselamatan dan sekuriti tidak boleh ditinggal separuh siap tanpa persediaan dan notis rapi.

  • Jadual Pelaksanaan:

      • Perlu dibentang dan dipersetujui bersama
      • Pandangan PTJ perlu diambil perhatian dalam pelaksanaan

    • Memancang tanda – setting out, jika perlu hendaklah disahkan oleh jurutera
    • Pelan Kualiti Projek PQP: Semua pihak mesti mengutamakan pencapaian kualiti projek dengan menitikberat hal berikut:-

      • Pengesahan Contoh, skima, warna, bahan etc dengan pasti dan bertulis. Peranan pelanggan utama iaitu wakil sah PTJ berkenaan amat penting.
      • Prosidur ujian dan pengesahan mesti diikuti dengan bukti rekod bertulis
      • Kualiti bahan dan kerja hingga produk akhirnya hendaklah dipastikan secara sedar dan bersungguh

    • Laporan:
    • Laporan projek, gambar, laporan ujian, etc mesti diserahkan. Jika tidak maka kontrak tidak sempurna dan akan jejaskan pembayaran akhir.

    • Kerja-kerja libat koordinasi, korekan/ penggalian, notis penutupan, gangguan, bekalan elektrik dan air sementara, penyelarasan dengan PTJ, dengan sesama CEMA (Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal dan Awam Jabatan Pembangunan)

      • Korekan – kawalan ke atas jentera (jentera korekan tidak digalakkan ditempat dan kawasan yang sedia terbina kecuali dengan kebenaran, amalan korekan manual ditekankan. Semua kerja libat korekan mesti ada staf Jabatan Pembangunan mengawasi secara tetap (standing supervision)
      • Kedudukan saluran, servis, talian etc bawah tanah sedia ada perlu dikenalpasti
    • Kebersihan Tapak Bina:
    • Kebersihan mesti diutamakan secara berterusan di tapakbina, pembuangan keluar sisa binaan secara terus menerus, menggunakan kaedah beg atau guni dan bukan membiarkan longgokan, tidak boleh sorok atau dibuang merata-rata. Kos surcaj akan dikenakan jika didapati peraturan ini tidak dipatuhi.

    • Kaedah kerja:
    • Amalan kerja terbaik dalam industri binaan hendaklah diterapkan dan diikuti. Contoh mudah adalah menggaul bancuhan simen di atas lapik bukan diatas jalan, rumput atau lantai. Contoh lain adalah menyediakan kon, penghadang mencukupi bagi menandakan kawasan kerja. Pengamatan kepada penyata kaedah (method statement) wajar diamalkan.

    8. Fail Projek:

    Akan disimpan dan diurus oleh juruteknik projek. Ia perlu lengkap dan segala dokumen dimasukkan daripada mula hingga akhir, mengandungi catatan mesyuarat, laporan harian, laporan mingguan, pengesahan jadual, bahan, kontrak, spesifikasi, lukisan, SI, surat menyurat etc.

    9. Pentadbiran Kontrak

    Semua perihal pentadbiran kontrak merujuk kepada JKR 203 dan amalan standard serta prosidur USM.

     

     

    "Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan USM Kampus Kejuruteraan boleh dihubungi di dvhabsah@eng.usm.my"