Rumusan Persidangan Pengurusan Pembangunan Kampus IPT 2005

 
Senarai Jabatan Pembangunan Universiti di Malaysia
 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Universiti Malaysia Pahang(UMP)
     
Universiti Malaya(UM) Universiti Malaysia Terengganu(UMT)
     
Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP) Universiti Putra Malaysia(UPM)
     
Universiti Pendidkan Sultan Idris(UPSI) Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
     
Universiti Utara Malaysia(UUM) Universiti Sains Malaysia(USM)
     
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) Universiti Darul Iman Malaysia(UDM)
     
Universiti Teknologi MARA(UiTM)   Universiti Malaysia Sabah(UMS)
     
Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS)   Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM)
     
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)   Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
 
Universiti Malaysia Kelantan(UMK)
 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rumusan

Terperinci Persidangan Pembangunan Kampus

IPT

2005
Copthorne

Orchid

Hotel

Pulau Pinang

(pindaan

setelah

sidang

pleno

18/9/05)

anjuran

JALUMA

dan

USM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Persidangan Pembangunan Kampus IPT 2005 telah dikelola oleh Jabatan Pembangunan USM dengan kerjasama Unit Latihan USM.

 

 

Sekretariat: “Ir Hj Mohd Sofian Ahmad boleh dihubungi di dir_dev@notes.usm.my atau sofian@usm.my

Latarbelakang

Penubuhan Sekretariat Mesyuarat Pengarah-Pengarah Pembangunan Universiti adalah hasil daripada resolusi persidangan dan juga Perbincangan Meja Bulat Tidak Formal Pegawai Kanan Pengurusan Pembangunan Kampus sempena Persidangan Pengurusan Pembangunan Kampus IPT 2005 di Bilik Horizon, Copthorne Orchid Hotel 17/9/2005 8.30 pm.

Matlamat penubuhan adalah supaya perkongsian bijak di kalangan pengarah-pengarah Pembangunan Universiti diteruskan bertujuan:

• Bermesra, memanfaatkan hubungan dan membina jaringan rangkaian serta jalinan bersama
• Bertukar fikiran serta memanfaatkan maklumat
• Membincangkan amalan terbaik pengurusan projek dan pengurusan fasiliti
• Membincangkan isu-isu semasa pembangunan kampus
• Mencadangkan program susulan

Menjadi hasrat supaya wacana dapat diadakan bersama dengan bekerjasama dalam isu berikut:

• Perkongsian maklumat
• Membina rangkaian antara personel dan jabatan secara pantas dan praktikal
• Mengurus projek dan fasiliti kampus menurut amalan dan petunjuk-petunjuk terbaik
• Mencapai sistem dan standard kualiti yang praktikal
• Mendapat pandangan dan idea tentang cabaran terbaru, menambahbaik kemahiran pengurusan dan isu lain tentang pengurusan pembangunan yang kontemporari

Pengarah Jabatan Pembangunan USM dipilih menjadi Pengerusi pertamanya bagi tempoh selama dua tahun.

Persidangan

Persidangan telah berlangsung dengan penyertaan yang baik dan mewakili pengurus-pengurus pembangunan kampus IPT, para profesional, pentadbir, pengurus fasiliti dan ahli akademik.

Persidangan bermatlamatkan ‘Menghayati Pengurusan Terbaik bagi Memimpin dan Menginovasi ke arah Pembangunan Universiti Cemerlang dan Kampus Termaju’.

Objektif Persidangan:

1. Membincangkan halatuju dan persiapan bagi pengurusan  kampus terbaik dari segi pembangunan fisikal dan pengurusan fasiliti.

2. Menghadapi perubahan dan persaingan dalam suasana dan persekitaran perkembangan pesat pendidikan tinggi serta penyelidikan

3. Menangani cabaran dan tuntutan semasa dalam membangunkan kampus.

4. Memperkenalkan dan membincangkan konsep kampus berkualiti, kampus termaju dan kampus sejahtera.

5. Bertukar fikiran mengenai isu, cabaran dan pemasalahan bersama.

6. Memanfaatkan perhubungan dan membina rangkaian serta jalinan di antara peserta.

Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan merangkumi tiga aspek iaitu Pengurusan Pembangunan Kampus, Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan dan Isu –Isu Masakini Pembangunan Kampus.

Sidang pleno telah diadakan dengan menjemput panel terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya, Dekan Pusat Pengajian Perancangan, Bangunan dan Perumahan USM dan Pengarah Jabatan Pembangunan USM.

Rumusan Sidang Pleno

Menyedari peri pentingnya menghayati pengurusan terbaik bagi memimpin dan menginovasi ke arah pembangunan universiti cemerlang dan kampus termaju, memahami peranan kepimpinan dan menangani cabaran semasa, memandangkan keutamaan pembangunan pengajian tinggi,mengambil maklum betapa pentingnya jabatan teknikal dalam pembangunan IPT,

 

Maka persidangan merumuskan* dan menyarankan bagi mencapai pengurusan pembangunan kampus terbaik,

 

1. Meneruskan kerjasama secara tersusun, pergandingan tenaga, membina rangkaian, mengeratkan persefahaman sesama peserta dan organisasi.

2. Menggiatkan wacana keilmuan dan pengetahuan di kalangan pengurus-pengurus pembangunan IPT.

3. Menerapkan amalan terbaik  dalam aspek pengurusan pembangunan kampus.

4. Menghayati  hasrat mencapai kampus termaju.

5. Menggunakan kaedah inovatif dan  kajian ilmiah dalam pengurusan pembangunan kampus.

6. Menggunakan teknologi tinggi dan memanfaat ICT seperti GIS, BAS dan CMMS.

7.Meningkatkan daya kepimpinan dan inovasi

8. Membina personaliti dan citra staf Pembangunan yang positif dan trampil.

9. Pengurusan ruang bersistematik, optima dan paling bermanfaat.

10. Pengurusan Pembangunan Modal yang cekap dan berkesan.

11. Pengurusan risiko – yang lebih proaktif dan tersusun.

12. Membahaskan di peringkat dasar dan menyelesaikan masalah yang berbangkit dan ketidakselarasan di antara kekangan keperluan sasaran pembangunan IPT selaku institusi awam yang strategik dan keperluan statutori seperti CF

13. Pengurusan Projek dengan pendekatan consultative dan inklusif, penggunaan pengurusan nilai (value management) dan customer driven management.

14. Memantapkan sistem penyenggaraan seperti MM, PM, FM, CMMS, BMS.

15. Menangani cabaran baru seperti memastikan kemampanan kampus.

16. Meneliti dan mengkaji kaedah baru seperti outsourcing.

17. Menerapkan budaya pengurusan fasiliti, sistem pengurusan kualiti dan kepuasan pelanggan.

18. Pengurusan kewangan dengan pembaharuan bagi menangani cabaran semasa.

19. Mempertingkatkan kualiti hidup kampus

20. Memantapkan pengurusan perancangan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

21. Menyarankan pembuat dasar menjalankan kajian semula bagi menambahbaik industri binaan tempatan.

22. Memperkenalkan kaedah-kaedah bagi mencapai outcome yang kuantitatif dan boleh diukur (KPI etc.).

23. Menilai dan mengkaji semula strategi kewangan dan formula belanjawan penyenggaraan.

24. Melaksanakan strategi kelestarian secara konsultatif dan sistematik.

25. Merancang dan melaksana latihan kepimpinan dan pembangunan pengurusan kampus.

26. Mengadakan program bersungguh membangunkan aksesibiiliti dan fasiliti OKU.

27. Menyedari akibat penyenggaraan tertangguh dan mengkaji kaedah penyelesaiannya.

28. Mengambil kira aspek Bio diversity,Low energy campuses.

29. Mengintegrasi infrastruktur dan infostruktur.

30. Memantapkan struktur organisasi Jabatan Teknikal.

31. Menerapkan rekabentuk dan pembangunan kampus yang mesra perhubungan.

32. Mengenalpasti tanda aras pengurusan pembangunan.

33. Menyelaraskan perancangan akademik, perancangan sumber manusia dan perancangan fizikal dalam pembangunan kampus.

34. Mengamalkan pengurusan strategik dalam pengurusan fasiliti.

35. Memberikan tumpuan kepada perancangan fizikal kampus dengan lebih profesionalisme bagi mengatasi pembangunan ad hoc.

36. Menyarankan dikajisemula garispanduan EPU untuk pembangunan IPT.

37. Mengamalkan pengurusan terbaik dalam peringkat ‘pre production’ dan mengamalkan ‘post occupancy management’.

38. Mengadakan piawaian dan prosidiur jelas bagi mencapai pengantarabangsaan.

39. Mengamalkan prinsip-prinsip UNESCO bagi pembangunan IPT.

40. Menyedari tanggapan awam terhadap IPT dan tanggungjawab peruntukan awam serta memenuhi kehendak awam.

41. Mengambilkira keperluan keselamatan (security) daripada peringkat awal perancangan pembangunan.

42. Menggerakan tumpuan kepada perkara-perkara utama yang dibangkitkan dan membawanya kepada perhatian pembuat dasar.

*senarai di atas tidak mengikut turutan keutamaan