Kronologi

1986

Jabatan Pembangunan Kampus Cawangan Perak mula bertapak di Bangunan Lama Majlis Perbandaran Ipoh, Perak.
   
12 September 1986
Kampus sementara ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
   
7 April 1988
Upacara perletakan batu asas kampus tetap telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak.
   
April 1988
Kerja-kerja Fasa Pertama, bahagian II dimulakan iaitu pembinaan bangunan termasuk Jabatan Pembangunan.
   
1 Disember 1989
Jabatan Pembangunan Kampus Cawangan Perak berpindah ke Tronoh, Perak.
   
Jun 1990
Bangunan Jabatan Pembangunan Kampus Cawangan Perak siap sepenuhnya.
   
13 September 1990
Kampus tetap di Seri Iskandar telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Sultan Azlan Shah.
   
Julai 1998
USM memulakan kerja-kerja tanah dan pemulihan tanah di kampus baru Transkrian, Pulau Pinang.
   
1999
Kerja-kerja pembinaan bangunan mula dijalankan di kawasan Transkrian.
   
Jun 2001
Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan USM telah berpindah ke Transkrian(Seri Ampangan) dan mula beroperasi sehingga sekarang.