• Campus After Dark

    EngCampus@Night Read More
  • Siri Panduan Ringkas

    Penyenggaraan Kebersihan Halaman, Kawasan dan Landskap Read More
  • Lanskap

    Kualiti kampus sejahtera. Read More
  • Siri Panduan Ringkas

    Penyenggaraan Alam Sekitar dan Sistem Kumbahan Read More
  • Menyingkap Lembaran Budi

    Jabatan Pembangunan USM Read More
  • USM's 41st Convocation Ceremony

    at Engineering Campus Read More
  • USM's 43rd Convocation Ceremony

    at Engineering Campus Read More
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

SHERP FOKUS AGENDA PPPM PT

x DSC7457

PULAU PINANG, 20 Mei 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) telah menganjurkan satu Seminar on Higher Education Research Policy atau SHERP 2015 dengan tema Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 [PPPM (PT)] : Implikasi dan Langkah ke Hadapan. 

SHERP adalah acara tahunan bagi membincangkan isu-isu terkini pengajian tinggi dan pada tahun ini, SHERP membincangkan mengenai PPPM (PT) 2015-2025 yang telah dilancarkan pada April 2015 yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 DSC7467

Menurut perunding PPPM (PT), Profesor Dato’ Ir. Dr Mohd Saleh Jaafar, 10 lonjakan yang dibentangkan adalah antara misi dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan Pengajian Tinggi terutama dalam pembangunan bidang penyelidikan dan juga Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

“Selepas pelancarannya, pihak KPM menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat dan diharap semua pihak dapat memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian,” ujar Mohd Saleh.   

“Melalui PPPM (PT), adalah diharapkan para graduan atau generasi muda bukan sahaja menjadi pencari kerja malah mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat lain dengan pemikiran kritis, keusahawanan dan kreatif,” tambah Mohd Saleh.

 DSC7477

“Hasil daripada perbicangan dua hala sebegini banyak idea dapat diketengahkan dan itulah sebenarnya tujuan SHERP ini diadakan di samping untuk melihat perancangan masa depan dalam bidang Pengajian Tinggi,” ujar Pengarah IPPTN, Profesor Dr. Ahmad Nurulazam Md Zain dalam ucapan aluannya.

Sesi kedua SHERP mengenengahkan dua orang yang banyak pengalaman dalam bidang pengajian tinggi samada di KPM atau di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membentangkan respon atau maklum balas yang diterima hasil pelancaran PPPM (PT) iaitu Profesor Dr Harshita Aini Haroon dari Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dan juga felo IPPTN, Profesor Madya Dr Abdul Razak Ahmad.

Menurut Abdul Razak antara 10 lonjakan PPPM (PT), Transformasi Penyampaian  Pendidikan Tinggi atau Transformed Higher Education Delivery perlu dijadikan lonjakan pertama berbanding yang lain.

 DSC7480

SHERP kali ini menghimpunkan lebih 80 orang peserta dari dalam USM dan juga dari agensi luar termasuk IPT awam dan swasta. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim 

Produk Perkhidmatan Online

  • All
  • PELAJAR
  • PEMBANGUNAN
  • STAF
  • UMUM
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • CMMS-BEAM V2

    Merekod dan mengurus semua laporan kerosakan ke Jabatan Pembangunan USM secara online.
    Read More
    • PELAJAR
    • STAF
  • SIPER V2

    Merekod dan mengurus semua tempahan perabot dan fasiliti upacara universiti.
    Read More
    • PELAJAR
    • STAF
  • SPPU

    Sistem Pengurusan Pengangkutan Universiti untuk merekod dan mengurus semua tempahan pengangkutan universiti.
    Read More
    • PELAJAR
    • STAF
  • DV's Planner

    Sistem takhwim -planner yang membantu merekod semua aktiviti jabatan.
    Read More
    • PEMBANGUNAN
  • ePO: ePenyata

    Sistem rekod pengurusan kewangan jabatan dan penyata kewangan subvot jabatan dijana secara online dan real time.
    Read More
    • PEMBANGUNAN
  • e-Sebutharga

    Memberi kemudahan kepada kontraktor untuk menyemak senarai notis sebutharga yang ditawarkan di Jabatan Pembangunan dan Jabatan Bendahari secara online.
    Read More
    • UMUM
  • Q-Maklumbalas

    Merekod penilaian kepuasan pelanggan untuk kerj-kerja kontrak tahunan dan projek penaiktarafan.
    Read More
    • PEMBANGUNAN
  • DV's Dashboard

    Analisa pencapaian perkhidmatan Jabatan Pembangunan secara real time.
    Read More
    • PEMBANGUNAN
load more hold SHIFT key to load all load all

Hubungi Kami

JABATAN PEMBANGUNAN

Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
Sri Ampangan
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +6(04) 599 5678
Fax : +6(04) 594 1034

Emel: pembangunan_eng@usm.my

Penafian

Jabatan Pembangunan USM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.

 

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox3 / Internet Explorer 11 [1280 x 1024]