Panduan Tempahan Fasiliti Perabot SIPER
S1 | : | Apakah SIPER ? | |
J1 | : | SIPER adalah satu sistem aplikasi berasaskan web di Jabatan Pembangunan khusus untuk tempahan fasiliti perabot secara online. | |
S2 | : | Siapa yang menguruskan sistem tempahan fasiliti perabot ini ? | |
J2 | : | Anda boleh hubungi Hussain bin Rabu, telefon 04 – 5995607. | |
S3 | : | Berapa bilangan staf yang menjalankan tugas di bahagian perabot? | |
J3 | : | Lapan orang termasuk seorang penyelia. | |
S4 | : | Apakah perkhidmatan yang diberikan? | |
J4 | : |
|
|
S5 | : | Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan? | |
J5 | : |
Anda masih boleh mengisi borang permohonan tempahan perabot secara manual yang boleh diperolehi daripada Pejabat Am Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan. |
|
S6 | : | Setelah tempahan dibuat melalui SIPER apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna? | |
J6 | : | Setelah tempahan dibuat pengguna perlu menghubungi penyelia bahagian perabot dan memaklumkan kepastian tempahan yang telah dibuat samada ingin diteruskan atau tidak. Kepastian begini masih diperlukan kerana fasiliti perabot yang ada terhad dan sebarang pengesahan kepastian dapat memanfaatkan kegunaan secara optima untuk semua pihak yang memohon. | |
S7 | : | Bagaimanakah untuk memberi maklumbalas tentang prestasi perkhidmatan sesuatu tempahan? | |
J7 | : | Setelah kerja-kerja penghantaran dan penyusunan dilakukan borang maklumbalas SIPER akan dihantar kepada pelanggan. Anda boleh memberi ulasan dan pandangan terhadap perkhidmatan. | |
S8 | : | Bilakah permohonan tempahan perabot perlu dibuat? | |
J8 | : | Tempahan perabot perlu dibuat 7 hari sebelum program dijalankan. Tempahan awal membantu Jabatan dan juga memudahkan semua pihak lain yang memerlukan tempahan. | |
S9 | : | Bolehkah perabot-perabot ini digunakan untuk upacara di luar kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia? | |
J9 | : | Tempahan ke luar kampus tidak digalakkan. | |
Pentadbir SIPER Hussain bin Rabu boleh dihubungi di dvhus@eng.usm.my