Panduan Tempahan Fasiliti Pengangkutan
Semua pengguna yang menggunakan
perkhidmatan kenderaan rasmi Universiti perlu menyediakan kad
pembayaran tol secara elektronik (Touch n Go/ Plus Miles) untuk
perjalanan bertol. Pembayaran tol secara
tunai adalah tidak dibenarkan.
S1 | : | Apakah jenis kenderaan yang boleh dipohon oleh pengguna untuk tempahan pengangkutan? | |
J1 | : | Beberapa jenis kenderaan disediakan untuk tempahan pelanggan. 1. Tempahan untuk pelajar :- 1.1 3 buah bas panjang untuk 38 orang penumpang 2. Tempahan untuk PTJ :- 2.1 3 buah perdana V6 untuk pegawai dan tetamu Universiti |
|
S2 | : | Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan tempahan pengangkutan? | |
J2 | : | Pengguna perlu mematuhi beberapa peraturan untuk mendapatkan tempahan kenderaan iaitu:-
|
|
S3 | : | Bagaimana untuk mengetahui status permohonan tempahan pengangkutan? | |
J3 | : | Anda boleh menyemak status permohonan melalui emel yang akan dihantar oleh pentadbir sistem melalui sistem Fleet BETA. | |
S4 | : | Apakah prosidur yang perlu dipatuhi apabila membuat tempahan pengangkutan? | |
J4 | : | Prosidur yang perlu di patuhi:-
|
|
S5 | : | Bolehkah tempahan dibuat pada saat akhir? | |
J5 | : | Tempahan pada saat akhir tidak digalakkan. Tetapi bagi kes kecemasan perlu menghubungi pentadbir sistem Fleet BETA di talian 5609. | |
S6 | : | Bolehkah membuat tempahan untuk tujuan peribadi? | |
J6 | : | Tempahan hanya diberi untuk urusan rasmi dan perkhidmatan bersifat kebajikan seperti menziarahi pelajar, staf dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah. | |
S7 | : | Bolehkah bas USM ditempah oleh organisasi luar? | |
J7 | : | Status permit Bas Universiti hanya untuk membawa pelajar dan staf USM sahaja. | |
S8 | : | Bolehkah bayaran tempahan kenderaan dibayar secara tunai? | |
J8 | : | Semua bayaran perlu menggunakan Borang Transaksi Dalaman (Borang Q). Oleh kerana itu semua persatuan pelajar, terutama ahli jawatankuasa yang baru dinasihatkan segera membuka akaun di Jabatan Bendahari. | |
S9 | : | Bolehkah memohon khidmat pemandu sahaja untuk tujuan memandu kenderaan sendiri sekiranya kenderaan USM tiada kekosongan? | |
J9 | : | Pemandu di Jabatan Pembangunan hanya ditugaskan untuk memandu kenderaan Universiti sahaja. | |
S10 | : | Bolehkah saya memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan pengangkutan yang diberikan? | |
J10 | : | Jabatan Pembangunan menghantar Borang Maklum Balas Pengguna kepada semua PTJ yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami pada setiap bulan. Sebarang ulasan dan komentar boleh dibuat melalui borang tersebut. | |
Pentadbir Sistem Pengangkutan Encik Ahmad Lutfi Bin Shariff boleh dihubungi di lutfi@eng.usm.my